Thursday 17 October 2013

5) Pada pandangan anda, adakah Kemahiran Belajar ini releven dalam dunia pendidikan masa kini . Berikan komen anda.



 Pada pandangan saya kemahiran ini masih releven dan akan releven buat selama-lamanya kerana bagi saya kemahiran belajar ini tetap diperlukan pada masa kini kerana walaupun dunia sudah semakin moden namun semua ini tidak boleh di anak tirikan oleh kita semua. Ini kerana kemahiran belajar itu amat penting dan paling asas yang dipelajari oleh semua orang termasuk seorang doktor yang profesional sekalipun mahupun seorang guru yang hebat. 

Semua orang akan bermula daripada bawah dan inilah yang dipelajari oleh kita semua. Tipulah sekiranya seseorang itu menafikan yang mereka itu tidak mempelajarinya. Jadi kita tidak hairan yang kemahiran belajar itu sepatutnya digunakan sampai bila-bila. Tetapi mungkin kaedah-kaedah daripada kemahiran belajar itu kita dapat memperbaharui dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman yang semakin membangun dari segi teknologinya. 

Ini kerana pada zaman yang serba moden ini kebanyakannya para santis membuat kajian yang lebih berkesan dalam perkembangan otak pada zaman IT ini. Jadi sebagai seorang pelajar yang hidup dalam arus globalisasi ini kita seharusnya mengambil inisiatif ini untuk mempelajari kaedah-kaedah belajar secara lebih berkesan dalam pada itu dapat melonjakkan prestasi akademik dalam setiap sekolah di Malaysia ini . 

Menteri Pelajaran Malaysia seharusnya mewujudkan salah satu mata pelajaran tambahan di sekolah bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar supaya kemahiran belajar ini lebih berkesan seiring dengan pembaharuan yang dilakukan oleh para saintis yang membuat kajian agar kemahiran belajar lebih berkesan dan efektif untuk digunakan tetapi itu tidak bermakna kemahiran belajar terpaksa diketepikan. Jadi kita seharusnya mempraktikkan kemahiran belajar ini agar tidak tenggelam dek zaman.

Sebagai seorang pelajar yang masih lagi mendokong kemahiran belajar kita seharusnya sentiasa memperaktikkan kemahiran belajar ini walaupun dimana pun sahaja kita berada. Tidak kiralah samada di kelas dan di sekolah ataupun dimana-man sahaja. Semua itu bergantung kepada individu itu sendiri kerana Allha tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya. 

Kesimpulannya, kemahiran ini akan sentiasa digunakan sampai bila-bila kerana inilah asas yang paling penting dalam dunia pendidikan .Bermulanya pendidikan seseorang individu itu ialah daripada 3K iaitu kemahiran menulis, kemahiran membaca dan kemahiran mendengar. Jadi kita sebagai seorang pelajar marilah kita sama-sama mendokong kemahiran belajar agar digunakan sampai bila-bila agar tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

4) Pilih satu daripada jenis-jenis Kemahiran Belajar yang telah anda bincangkan dan beri justifikasi mengapa anda memilih kemahiran tersebut.



 Kemahiran Membaca Saya memilih kemahiran membaca ini adalah kerana bagi saya kemahiran ini adalah kemahiran yang sangat penting dan yang paling asas dalam kemahiran belajar itu. Ini kerana kemahiran ini juga banyak berkait rapat dengan kemahiran lain sebagai contoh apabila seseorang pelajar itu membaca seterusnya mereka akan mencatat nota.menulis , dan mengingat. Jadi daripada contoh di atas kita boleh kaitkan yang kemahiran membaca itu amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Tanpa pembacaan dan ilmu pengetahuan siapalah kita sebagai seorang pelajar. Bacaan merupakan pemilihan dan penggunaan tanda saran bacaan bahasa yang terbina melalui daya pengamatan berdasarkan harapan seorang pembaca. Tetapi keberkesanan pembacaan dalam seseorang pelajar itu amat penting. Ini kerana pembacaan yang berkesan akan memberikan input yang berguna kepada seorang pelajar. Oleh itu, pembacaan buku yang berbeza memerlukan sesuatu kaedah yang berbeza. Jadi sebagai seorang pelajar ,kaedah pembacaan yang berkesan amat diperlukan untuk kaedah pembelajaran yang berkesan dan bersistematik. Mengikut kajian Anderson dalam buku ( Abd.Ghani,1996 ; 25) bergantung kepada kecekapan bacaan dan kefahaman. Beliau menyatakan terdapat tiga penentuan yang perlu dibuat untuk memanfaatkan pembacaan iaitu menentukan tujuan sebelum membaca, menilai bahan bacaan dan menentukan teknik apakah yang bersesuaian dengan bahan bacaan untuk mencapai objektif bacaan. Seperti yang dicadangkan oleh beliau pada pendapat saya cadangan beliau adalah releven bagi kita semua khususnya sebagai seorang pelajar. Antara cadangan yang kita boleh ambil sebagai seorang pelajar ialah : 1. Membaca dengan menyebut perkataan terutamanya pada peringkat permulaan membaca dan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah. 2. Membaca dalam hati seperti menyebut perkataan tetapi perkataan tersebut tak terjelma dalam bentuk suara. 3. Memberi tumpuan kepada satu-satu perkataan. 4. Membaca berulang kali. Walaupun kaedah-kaedah tersebut berkesan tetapi itu bergantung kepada individu itu sendiri. Namun bagi pelajar yang pintar kaedah ini tidak lagi releven untuk digunakan bagi mereka. Kaedah ini hanya releven digunakan bagi pelajar yang sederhana. Tetapi ini merupakan salah satu cara yang berkesan bagi meningkatkan cara pembacaan bagi pelajar yang sederhana. Selain itu, membaca adalah satu proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang mengenai bacaan dan pembelajaran kita itu. Namun begitu, dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal dan di ulangkaji. Jadi kita sebagai seorang sebagai pelajar yang mempunyai tahap yang berbeza seharusnya mempraktikkan sesuatu kaedah pembacaan yang berkesan agar dapat menarik minat otak supaya cara pembacaan lebih memberi kesan pada otak. Ini kerana pada zaman sekarang ini kebanyakannya pelajar lebih cepat letih apabila terpaksa menghadap buku dalam keadaan yang agak lama. Jadi, sebagai seorang pelajar kita seharusnya bukan sahaja membaca tetapi mempraktikkan sekali tangan untuk bergerak dan kemahiran membaca sekaligus bergabung dengan kemahiran mencatat nota agar tidak seperti mencurahkan air ke daun keladi. Jadi untuk mengambil sesuatu yang efektif kita seharusnya menggabungkan dua kemahiran dalam satu masa. Oleh itu, untuk lebih menjimatkan masa dan tenaga dan secara tidak langsung termasuk dalam kemahiran pengurusan masa. Kesimpulannya, kemahiran membaca sangat penting kerana kemahiran ini adalah sangat asas dan sangat penting untuk para pelajar. Tetapi apa yang paling penting pendedahan ini seharusnya diberikan kepada pelajar sejak mereka dari setahun jagung lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika di didik dengan kaedah pembacaan yang betul dan berkesan insyaAllah meraka memperaktikkan sampai bila-bila. Dan ini bukan sahaja dapat mencapi konsep pembacaan yang berkesan namun dapat melonjakkan kecemerlangan akademik seseorang pelajar itu. Jadi saya menyeru pada semua agar mempelajari kaedah pembacaan yang berkesan disamping dapat memajukan kecemerlangan diri.

3) Terangkan setiap jenis Kemahiran Belajar beserta contoh-contoh yang releven.


  •  Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar adalah salah satu daripada kemahiran belajar yang paling asas dan yang paling penting diamalkan secara berterusan . Kemahiran mendengar ini melibatkan pemerhatian teliti sesuatu demonstrasi, tulisan dan lakonan, gerak badan serta mendengar secara lisan maklumat yang disampaikan oleh guru. Sebagai contoh seorang pelajar fokus dalam mendengar apa yang diberitahu oleh guru dan membuat catatan dalam bentuk peta minda supaya membuatkan otak lebih tertarik dengan nota tersebut dan seterusnya meningkatkan keupayaan otak supaya lebih aktif.

  •  Kemahiran Membaca
 Kemahiran membaca juga merupakan salah satu daripada kemahiran asas belajar yang paling penting dalam proses pembelajaran dalam kehidupan seorang pelajar. Sejak dari kecil kita didedahkan dengan pembacaan buku-buku yang asas .Tetapi pembacaan itulah yang menjadi titik tolak kita sekarang ini sebelum kita pandai membaca . Semuanya ini bermula dari ABC .Semua orang bermula daripada sesuatu yang asas. Jadi kemahiran membaca itu penting dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang arkitek yang berjaya sekalipun semuanya bermula daripada kemahiran asas ini. Kemahiran ini tidak boleh di pandang remeh oleh para pelajar walaupun kemahiran ini yang paling asas. Ini memerlukan kaedah dan teknik yang lebih efisyen agar pembacaan lebih berkesan dan meresap ke dalam minda. Sebagai contoh yang dapat kita lihat kemahiran membaca itu lebih berkait rapat dengan kemahiran mencatat nota. Jadi pembacaan itu akan lebih berkesan sekiranya ada catatan yang dilakukan.




  •  Kemahiran Berfikir
 Kemahiran berfikir adalah salah satu kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat ,konsep atau idea secara yang teratur membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Menurut pandangan islam, fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.Tenaga ini diperoleh melalui tafakur. 



  •  Kemahiran Mengurus 


Masa Kemahiran Mengurus masa adalah kemahiran seorang pelajar itu mengurus masa secara sistematik. Pengurusan masa yang sistematik itu bukan sahaja membuatkan masa seseorang pelajar itu terurus dan tersusun namun membuatkan seseorang pelajar itu lebih berdisiplin dalam menguruskan masa-masa seorang pelajar. Secara sistematiknya sesorang pelajar itu mempunyai jadual belajar yang sistematik dan berkesan yang mana jadual itu dapat diikuti dan dipatuhi oleh sesorang pelajar. Contoh yang paling dekat yang dalam kehidupan seorang pelajar ialah dengan adanya jadual belajar yang efektif membuatkan masa seseorang pelajar itu lebih berkesan. 


  •  Kemahiran Mencatat Nota


 Kemahiran mencatat nota ini berhubungkait rapat dengan kemahiran membaca dan mendengar. Ini kerana kemahiran membaca itu perlu dikaitkan dengan nota kerana apa yang dibaca semestinya dicatat agar boleh dibuat rujukan pada bila-bila masa. Nota yang paling berkesan boleh dibuat dalam bentuk peta minda dan berwarna-warni. Ini kerana otak lebih berminat kepada sesuatu yang menarik dan bermula dari tengah. Kemahiran mencatat nota merupakan salah satu kemahiran yang patut dikuasai oleh setiap pelajar kerana isi-isi penting dan input yang berguna patut dicata dan sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai maka ini menjadi salah satu masalah kepada seorang pelajar. Ini kerana apa yang kita baca kita mudah lupa tetapi apa yang kita tulis kekal selamanya. 


  •  Kemahiran Bertutur 


 Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan ( articulator) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa . Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh pelajar tetapi mesti di tiru dan di ajuk. Model pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan lemah. Sementara model yang terbaik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik. 


  •  Kemahiran Menulis 


 Secara umumnya menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang ideamahupun pernyataan. Sebenarnya menulis bermaksud kegiatan simbolik –simbolik grafik yang d isusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan –perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi disamping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. 


  •  Kemahiran Perpustakaan 


 Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan bagi menyiapkan tugasan mereka dengan lebih lengkap. Kemahiran perpustakaan ini melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan dan kemahiran dalam merujuk kad katalog atau komputer dan mendapatkan buku rujukan daripada rak-rak yang berkaitan di perpustakaan.

2) Jenis-jenis Kemahiran Belajar.


  •  Kemahiran Mendengar 
  •  Kemahiran Membaca
  •  Kemahiran Berfikir
  •  Kemahiran Mengurus Masa
  •  Kemahiran Mencatat Nota
  •  Kemahiran Bertutur 
  •  Kemahiran Menulis
  •  Kemahiran Perpustakaan

1) Apakah yang dimaksudkan Kemahiran Belajar ??




 Sebelum kita mengupas lebih lanjut tentang kemahiran belajar apa salahnya kita merungkai dahulu apa yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3 kemahiran itu boleh diintepretasikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala belajar itu pula boleh diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran . Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan luar yang berhubungkait dengan organ-organ deria yang mana mampu merangsang otak untuk mengaplikasikan sesuatu ilmu pengetahuan yang diperoleh dari dunia luar. Dengan kata lain belajar ini boleh juga diertikan sebagai proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhannya.

 Dalam pada itu juga belajar juga adalah salah satu kemahiran seseorang itu mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dan menjadikan ilmu pengetahuan dan pengalaman tersebut sebagai titik tolak ke arah perubahan atau peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Namun begitu, walaupun belajar itu merupakan suatu kewajipan pada zaman sekarang ini tetapi segelintir masyarakat pada zaman ini masih tersilap yang proses pembelajaran itu bukan hanya berlaku di dalam kelas sahaja dan bukan bersama guru sahaja ataupun di sekolah tetapi proses belajar itu boleh berlaku dimana-mana sahaja. Sebagai contoh yang jelas, sejak dari kecil lagi kita sudah mula belajar bertutur di rumah walaupun pembelajaran secara tidak formal. Manakala definisi kemahiran belajar diintepretasikan sebagai proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. 

Terdapat pelbagai pendapat dan dan kajian yang telah diketengahkan oleh Abdul Razak Habib pada tahun 2002 iaitu kemahiran belajar ini merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperoleh hasil pembelajaran tertentu. Seterusnya hasil kajian Dunn dan Dunn pada tahun 1992 menyatakan bahawa pelajar yang lebih cemerlang akademiknya lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif dan mempunyai teknik belajar yang berkesan. Oleh itu, kemahiran yang berkesan dan praktikal wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar supaya pembelajaran mereka lebih berkesan dan sistematik. 

 Menurut Selmes pada tahun 1987 kemahiran belajar ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mengumpul, menilai, menyusun , mencari ,memilih ,menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan . Kemahiran belajar merupakan keupayaan dan kecekapan seseorang pelajar itu mengumpul, menyimpan dan memproses maklumat serta menuju ke arah proses pembelajaran seumur hidup. 

 Kesimpulannya ,kemahiran belajar yang progresif dan berkesan seharusnya diamalkan oleh setiap pelajar agar tidak menimbulkan masalah dalam proses pembelajaran samada di sekolah mahupun dimana-mana sahaja . Oleh itu, gunalah kemahiran belajar yang berkesan agar pencapaian akademik akan terus cemerlang disamping disiplin diri dan pengurusan masa yang sistematik dan berkesan.