- Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar adalah salah satu daripada kemahiran belajar yang paling asas dan yang paling penting diamalkan secara berterusan . Kemahiran mendengar ini melibatkan pemerhatian teliti sesuatu demonstrasi, tulisan dan lakonan, gerak badan serta mendengar secara lisan maklumat yang disampaikan oleh guru. Sebagai contoh seorang pelajar fokus dalam mendengar apa yang diberitahu oleh guru dan membuat catatan dalam bentuk peta minda supaya membuatkan otak lebih tertarik dengan nota tersebut dan seterusnya meningkatkan keupayaan otak supaya lebih aktif.
- Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca juga merupakan salah satu daripada kemahiran asas belajar yang paling penting dalam proses pembelajaran dalam kehidupan seorang pelajar. Sejak dari kecil kita didedahkan dengan pembacaan buku-buku yang asas .Tetapi pembacaan itulah yang menjadi titik tolak kita sekarang ini sebelum kita pandai membaca . Semuanya ini bermula dari ABC .Semua orang bermula daripada sesuatu yang asas. Jadi kemahiran membaca itu penting dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang arkitek yang berjaya sekalipun semuanya bermula daripada kemahiran asas ini. Kemahiran ini tidak boleh di pandang remeh oleh para pelajar walaupun kemahiran ini yang paling asas. Ini memerlukan kaedah dan teknik yang lebih efisyen agar pembacaan lebih berkesan dan meresap ke dalam minda. Sebagai contoh yang dapat kita lihat kemahiran membaca itu lebih berkait rapat dengan kemahiran mencatat nota. Jadi pembacaan itu akan lebih berkesan sekiranya ada catatan yang dilakukan.
- Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir adalah salah satu kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat ,konsep atau idea secara yang teratur membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Menurut pandangan islam, fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.
- Kemahiran Mengurus
Masa
Kemahiran Mengurus masa adalah kemahiran seorang pelajar itu mengurus masa secara sistematik. Pengurusan masa yang sistematik itu bukan sahaja membuatkan masa seseorang pelajar itu terurus dan tersusun namun membuatkan seseorang pelajar itu lebih berdisiplin dalam menguruskan masa-masa seorang pelajar. Secara sistematiknya sesorang pelajar itu mempunyai jadual belajar yang sistematik dan berkesan yang mana jadual itu dapat diikuti dan dipatuhi oleh sesorang pelajar. Contoh yang paling dekat yang dalam kehidupan seorang pelajar ialah dengan adanya jadual belajar yang efektif membuatkan masa seseorang pelajar itu lebih berkesan.
- Kemahiran Mencatat Nota
Kemahiran mencatat nota ini berhubungkait rapat dengan kemahiran membaca dan mendengar. Ini kerana kemahiran membaca itu perlu dikaitkan dengan nota kerana apa yang dibaca semestinya dicatat agar boleh dibuat rujukan pada bila-bila masa. Nota yang paling berkesan boleh dibuat dalam bentuk peta minda dan berwarna-warni. Ini kerana otak lebih berminat kepada sesuatu yang menarik dan bermula dari tengah. Kemahiran mencatat nota merupakan salah satu kemahiran yang patut dikuasai oleh setiap pelajar kerana isi-isi penting dan input yang berguna patut dicata dan sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai maka ini menjadi salah satu masalah kepada seorang pelajar. Ini kerana apa yang kita baca kita mudah lupa tetapi apa yang kita tulis kekal selamanya.
- Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan ( articulator) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa . Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh pelajar tetapi mesti di tiru dan di ajuk. Model pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan lemah. Sementara model yang terbaik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik.
- Kemahiran Menulis
Secara umumnya menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang ideamahupun pernyataan. Sebenarnya menulis bermaksud kegiatan simbolik –simbolik grafik yang d isusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan –perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi disamping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
- Kemahiran Perpustakaan
Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan bagi menyiapkan tugasan mereka dengan lebih lengkap. Kemahiran perpustakaan ini melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan dan kemahiran dalam merujuk kad katalog atau komputer dan mendapatkan buku rujukan daripada rak-rak yang berkaitan di perpustakaan.
No comments:
Post a Comment