Thursday, 17 October 2013

4) Pilih satu daripada jenis-jenis Kemahiran Belajar yang telah anda bincangkan dan beri justifikasi mengapa anda memilih kemahiran tersebut.



 Kemahiran Membaca Saya memilih kemahiran membaca ini adalah kerana bagi saya kemahiran ini adalah kemahiran yang sangat penting dan yang paling asas dalam kemahiran belajar itu. Ini kerana kemahiran ini juga banyak berkait rapat dengan kemahiran lain sebagai contoh apabila seseorang pelajar itu membaca seterusnya mereka akan mencatat nota.menulis , dan mengingat. Jadi daripada contoh di atas kita boleh kaitkan yang kemahiran membaca itu amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Tanpa pembacaan dan ilmu pengetahuan siapalah kita sebagai seorang pelajar. Bacaan merupakan pemilihan dan penggunaan tanda saran bacaan bahasa yang terbina melalui daya pengamatan berdasarkan harapan seorang pembaca. Tetapi keberkesanan pembacaan dalam seseorang pelajar itu amat penting. Ini kerana pembacaan yang berkesan akan memberikan input yang berguna kepada seorang pelajar. Oleh itu, pembacaan buku yang berbeza memerlukan sesuatu kaedah yang berbeza. Jadi sebagai seorang pelajar ,kaedah pembacaan yang berkesan amat diperlukan untuk kaedah pembelajaran yang berkesan dan bersistematik. Mengikut kajian Anderson dalam buku ( Abd.Ghani,1996 ; 25) bergantung kepada kecekapan bacaan dan kefahaman. Beliau menyatakan terdapat tiga penentuan yang perlu dibuat untuk memanfaatkan pembacaan iaitu menentukan tujuan sebelum membaca, menilai bahan bacaan dan menentukan teknik apakah yang bersesuaian dengan bahan bacaan untuk mencapai objektif bacaan. Seperti yang dicadangkan oleh beliau pada pendapat saya cadangan beliau adalah releven bagi kita semua khususnya sebagai seorang pelajar. Antara cadangan yang kita boleh ambil sebagai seorang pelajar ialah : 1. Membaca dengan menyebut perkataan terutamanya pada peringkat permulaan membaca dan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah. 2. Membaca dalam hati seperti menyebut perkataan tetapi perkataan tersebut tak terjelma dalam bentuk suara. 3. Memberi tumpuan kepada satu-satu perkataan. 4. Membaca berulang kali. Walaupun kaedah-kaedah tersebut berkesan tetapi itu bergantung kepada individu itu sendiri. Namun bagi pelajar yang pintar kaedah ini tidak lagi releven untuk digunakan bagi mereka. Kaedah ini hanya releven digunakan bagi pelajar yang sederhana. Tetapi ini merupakan salah satu cara yang berkesan bagi meningkatkan cara pembacaan bagi pelajar yang sederhana. Selain itu, membaca adalah satu proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang mengenai bacaan dan pembelajaran kita itu. Namun begitu, dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal dan di ulangkaji. Jadi kita sebagai seorang sebagai pelajar yang mempunyai tahap yang berbeza seharusnya mempraktikkan sesuatu kaedah pembacaan yang berkesan agar dapat menarik minat otak supaya cara pembacaan lebih memberi kesan pada otak. Ini kerana pada zaman sekarang ini kebanyakannya pelajar lebih cepat letih apabila terpaksa menghadap buku dalam keadaan yang agak lama. Jadi, sebagai seorang pelajar kita seharusnya bukan sahaja membaca tetapi mempraktikkan sekali tangan untuk bergerak dan kemahiran membaca sekaligus bergabung dengan kemahiran mencatat nota agar tidak seperti mencurahkan air ke daun keladi. Jadi untuk mengambil sesuatu yang efektif kita seharusnya menggabungkan dua kemahiran dalam satu masa. Oleh itu, untuk lebih menjimatkan masa dan tenaga dan secara tidak langsung termasuk dalam kemahiran pengurusan masa. Kesimpulannya, kemahiran membaca sangat penting kerana kemahiran ini adalah sangat asas dan sangat penting untuk para pelajar. Tetapi apa yang paling penting pendedahan ini seharusnya diberikan kepada pelajar sejak mereka dari setahun jagung lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika di didik dengan kaedah pembacaan yang betul dan berkesan insyaAllah meraka memperaktikkan sampai bila-bila. Dan ini bukan sahaja dapat mencapi konsep pembacaan yang berkesan namun dapat melonjakkan kecemerlangan akademik seseorang pelajar itu. Jadi saya menyeru pada semua agar mempelajari kaedah pembacaan yang berkesan disamping dapat memajukan kecemerlangan diri.

No comments:

Post a Comment