Thursday, 17 October 2013

1) Apakah yang dimaksudkan Kemahiran Belajar ??




 Sebelum kita mengupas lebih lanjut tentang kemahiran belajar apa salahnya kita merungkai dahulu apa yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3 kemahiran itu boleh diintepretasikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala belajar itu pula boleh diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran . Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan luar yang berhubungkait dengan organ-organ deria yang mana mampu merangsang otak untuk mengaplikasikan sesuatu ilmu pengetahuan yang diperoleh dari dunia luar. Dengan kata lain belajar ini boleh juga diertikan sebagai proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhannya.

 Dalam pada itu juga belajar juga adalah salah satu kemahiran seseorang itu mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dan menjadikan ilmu pengetahuan dan pengalaman tersebut sebagai titik tolak ke arah perubahan atau peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Namun begitu, walaupun belajar itu merupakan suatu kewajipan pada zaman sekarang ini tetapi segelintir masyarakat pada zaman ini masih tersilap yang proses pembelajaran itu bukan hanya berlaku di dalam kelas sahaja dan bukan bersama guru sahaja ataupun di sekolah tetapi proses belajar itu boleh berlaku dimana-mana sahaja. Sebagai contoh yang jelas, sejak dari kecil lagi kita sudah mula belajar bertutur di rumah walaupun pembelajaran secara tidak formal. Manakala definisi kemahiran belajar diintepretasikan sebagai proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. 

Terdapat pelbagai pendapat dan dan kajian yang telah diketengahkan oleh Abdul Razak Habib pada tahun 2002 iaitu kemahiran belajar ini merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperoleh hasil pembelajaran tertentu. Seterusnya hasil kajian Dunn dan Dunn pada tahun 1992 menyatakan bahawa pelajar yang lebih cemerlang akademiknya lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif dan mempunyai teknik belajar yang berkesan. Oleh itu, kemahiran yang berkesan dan praktikal wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar supaya pembelajaran mereka lebih berkesan dan sistematik. 

 Menurut Selmes pada tahun 1987 kemahiran belajar ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mengumpul, menilai, menyusun , mencari ,memilih ,menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan . Kemahiran belajar merupakan keupayaan dan kecekapan seseorang pelajar itu mengumpul, menyimpan dan memproses maklumat serta menuju ke arah proses pembelajaran seumur hidup. 

 Kesimpulannya ,kemahiran belajar yang progresif dan berkesan seharusnya diamalkan oleh setiap pelajar agar tidak menimbulkan masalah dalam proses pembelajaran samada di sekolah mahupun dimana-mana sahaja . Oleh itu, gunalah kemahiran belajar yang berkesan agar pencapaian akademik akan terus cemerlang disamping disiplin diri dan pengurusan masa yang sistematik dan berkesan.

No comments:

Post a Comment